
PETALING JAYA: Sistem politik gabungan lebih baik untuk Malaysia berbanding dominasi parti tunggal berbilang bangsa, yang dilihat tidak bagus untuk mana-mana demokrasi, kata Ahli Parlimen Subang Wong Chen.
Katanya, parti gabungan telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah politik Malaysia, kerana memberi kebebasan untuk rakyat membuat pilihan.
Gabungan pelbagai parti lebih berkemungkinan berlaku, memandangkan wilayah utara, selatan, timur dan barat di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai isu tersendiri.
“Ini yang hebat mengenai Malaysia. Ia menjadikan kita bersifat pelbagai, dan fleksibel dalam berurusan di pentas dunia, dari segi menjalankan perniagaan dengan Indonesia, India dan China. Kita punyai semuanya,” katanya kepada FMT.
Wong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, sistem…