Agensi itu berkata, pelayannya yang mengandungi data mungkin diakses penjenayah siber secara haram dan siasatan sudah dimulakan.

PETALING JAYA: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menolak permintaan tebusan susulan pencerobohan ke atas sistem teknologi maklumatnya.
Katanya, pelayan AKPK yang mengandungi data mungkin diakses secara haram oleh penjenayah siber dan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.
“AKPK sudah memaklumkan pihak berkuasa, mengambil langkah melindungi pelayan kami dan memulakan penyiasatan bersama pakar keselamatan siber.
“Akibat pencerobohan itu, kami memutuskan untuk menyahaktifkan beberapa sistem operasi kami buat sementara waktu untuk mencegah risiko selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.
AKPK berkata, operasi sistemnya akan dikembalikan secara beransur-ansur selepas ia selamat berbuat demikian.
“Pada masa ini, kami…