
KUALA LUMPUR: Masuk minggu kelima, sidang Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh raya.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan mengenai perkara itu dikemukakan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada menteri kerja raya, yang ingin tahu usaha kementerian bagi menambah baik sistem kutipan tol di lebuh raya.
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula meminta menteri sumber manusia menyatakan langkah diambil bagi menangani isu ketidakpadanan kemahiran yang dikenal pasti sebagai faktor utama menghalang keupayaan sumber tenaga kerja untuk beralih kepada negara berpendapatan tinggi.
Pada sesi sama, Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu menteri ekonomi menyatakan status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).
Selesai sesi itu, sidang…