
PETALING JAYA: Seorang perunding pengangkutan mengecam syarikat penyelenggaraan sistem pengangkutan awam negara kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
Rosli Azad Khan berkata, syarikat yang menguruskan sistem pengangkutan awam terus gagal dalam tanggungjawab mereka walaupun kerajaan mempunyai dasar yang jelas untuk mengelak penggunaan kenderaan persendirian dan meluaskan penggunaan perkhidmatan bas dan rel.
“Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam memerlukan banyak perkara. Mungkin kita mengambil kumpulan yang salah yang tidak cekap dari segi teknikal untuk mengurus dan menyelenggaranya untuk menghasilkan tahap perkhidmatan terbaik yang diperlukan,” katanya kepada FMT.
Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook semalam yang memaklumkan, Malaysia memiliki kemudahan pengangkutan awam…