Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sistem semakan badminton AI Malaysia buat penampilan antarabangsa

today21 August 2026

Background


Dibangunkan Revealtek Sdn Bhd, IRS dikuasakan AI pertama di dunia digunakan bagi menyediakan semakan video pantas terhadap keputusan garisan yang dipertikaikan di gelanggang badminton. (Gambar Facebook Revealtek Solutions )
SINGAPURA:

Teknologi semakan badminton dikuasakan kecerdasan buatan (AI) buatan Malaysia, Reveal Lens, membuat penampilan sulung pada peringkat antarabangsa Ketika Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura 2026, sekali gus menandakan penggunaan pertamanya di luar Malaysia.

Dibangunkan Revealtek Sdn Bhd, Sistem Semakan Segera (IRS) dikuasakan AI pertama di dunia yang diluluskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu digunakan pada kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos bagi menyediakan semakan video pantas terhadap keputusan garisan yang dipertikaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Revealtek Nizam Mohamed berkata, teknologi itu menyerlahkan potensi teknologi sukan tempatan Malaysia yang semakin berkembang dalam memanfaatkan AI bagi meningkatkan mutu pengadilan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post