
Teknologi semakan badminton dikuasakan kecerdasan buatan (AI) buatan Malaysia, Reveal Lens, membuat penampilan sulung pada peringkat antarabangsa Ketika Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura 2026, sekali gus menandakan penggunaan pertamanya di luar Malaysia.
Dibangunkan Revealtek Sdn Bhd, Sistem Semakan Segera (IRS) dikuasakan AI pertama di dunia yang diluluskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu digunakan pada kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos bagi menyediakan semakan video pantas terhadap keputusan garisan yang dipertikaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Revealtek Nizam Mohamed berkata, teknologi itu menyerlahkan potensi teknologi sukan tempatan Malaysia yang semakin berkembang dalam memanfaatkan AI bagi meningkatkan mutu pengadilan…