
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata beliau tidak meluluskan cadangan sistem syif baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan yang akan menjadi perintis di tujuh hospital mulai 1 Feb ini.
Menurutnya, sistem dinamakan “Waktu Bekerja Berlainan” atau WBB itu kekal sebagai “cadangan” masih diperhalusi.
“Saya belum meluluskannya (dan) saya tidak tahu bagaimana ini bocor,” katanya selepas sebuah program di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di sini.
“Kami pastinya perlu melalui sesi libat urus ketat dengan pakar penjagaan kesihatan, pakar dan ketua jabatan (sebelum meluluskannya).”
WBB mengehadkan doktor dan doktor gigi di perkhidmatan kesihatan awam bertugas 18 jam berturut-turut, lebih kurang daripada tugas “on-call” selama 24 hingga 33 jam berturut-turut ketika ini.
Semalam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)…