
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memohon maklumat terkini berkaitan skandal 1MDB daripada pihak berkuasa Jerman, susulan laporan berkenaan sitaan kereta super Bugatti Veyron edisi khas di Munich.
Badan anti-rasuah itu mengikuti perkembangan siasatan berkaitan skandal 1MDB di Jerman, menurut kenyataan Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.
Katanya, SPRM meminta maklumat daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1MDB yang digunakan untuk “membeli kereta mewah” di Jerman pada 26 Okt 2022.
“Dalam perkembangan terbaharu ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman,” kata Azam.
Semalam, polis Jerman dilapor menyita empat Bugatti Veyron edisi khas, awal minggu ini, dalam siasatan ke atas skandal 1MDB.
Akhbar Jerman, Bild, melaporkan empat kereta super itu disita…