Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Siti Hariesa Akui Tidak Menyesal Lakon Babak Intim Bersama Zul Ariffin

today27 May 2022

Background

Pelakon baharu, Siti Hariesa baru-baru ini heboh menjadi sebutan orang ramai setelah dihimpit kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu bersama aktor Zul Ariffin.

Sekian lama mengunci mulut, Hariesa akhirnya tampil bersuara mengenai isu tersebut yang telah menggemparkan netizen di serata media sosial.

Malah, nama pelakon terkenal, Zul menerima tohmahan dan kritikan yang teruk akibat babak intim itu.

Hariesa bagaimanapun mengakui tindakannya untuk berdiam diri adalah satu keputusan yang tepat bagi meredakan situasi panas tersebut agar tidak berlanjutan.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Ditanya mengenai perasaan pelakon itu saat namanya menjadi bualan hangat netizen, Hariesa menyifatkan ‘kekecohan’ yang berlaku itu sebagai satu pengalaman yang amat melucukan.

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” ujarnya.

Ekoran keberaniannya melakonkan babak panas itu, Hariesa memberitahu dia teruk menerima pelbagai kecaman netizen yang dihantar menerusi mesej peribadi.

“Keluarga dan rakan-rakan ada berpesan agar jangan membaca komen. Namun, disebabkan keluar notifikasi, saya bacalah juga, cuma saya tak balas,” katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, Hariesa tidak menafikan isu sensasi yang melandanya itu memberikan impak dan pengajaran yang besar, terutamanya dalam memilih watak lakonan.

“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” ungkapnya.

Terdahulu, Siti Hariesa menjadi buruan media selepas sedutan babak intim bersama pelakon hero malaya, Zul Ariffin meriah perhatian orang ramai yang kesal dengan babak itu.

Antara babak mencetuskan kemarahan ramai membabitkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dan adegan menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Artikel Berkaitan: #WhazzupNetizen: Adengan Panas Zul Ariffin, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips & DSV Didakwa Tunggang Agama? Apa Cerita Ni?

Sumber: Berita Harian

Written by: Salma


Previous post