Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Siti Khadijah Halim Terpalit Kontroversi Gara-Gara….

today24 August 2022

Background

Pelakon baru, Siti Khadijah Halim pernah disalah anggap melakukan babak panas dengan Zul Ariffin di dalam sebuah drama yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Pelakon sebenar yang diperkatakan di dalam babak tersebut ialah Siti Hariesa dimana mukanya iras-iras wajah Siti Khadijah.

Siti ditemui semasa penggambaran poster untuk drama slot Akasia iaitu Sekali Lagi Cinta Kembali yang bakal ditayangkan di TV3.

Menurutnya, dia menegaskan dirinya dan Siti Hariesa ialah dua individu yang berbeza dan dia tidak terkesan dengan isu itu malah hanya tumpang kontroversi sahaja.

“Saya dengan Siti Hariesa, kami adalah dua individu yang berbeza dan secara fizikal dia lagi tinggi, lagi slim dan slender,” katanya.

Tambahnya, Siti Hariesa merupakan kawan baiknya didalam drama tersebut dan ‘chemistry’ antara mereka sangat kuat.

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aira yang pernah dikecewakan lalu bertemu dengan seorang lelaki berstatus duda iaitu Hayyat yang bersikap dingin namun hanya Aira yang mampu melembutkan hatinya.

Written by: Aqilah


Previous post