Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siti Mastura telah bayar RM830,000 bagi kes fitnah pemimpin DAP

today23 January 2025

Background


Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad didapati bersalah memfitnah kerana mengaitkan ketiga-tiga pemimpin itu dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dalam ceramah pilihan raya. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen PAS Siti Mastura Muhammad telah membayar RM830,034.75 kepada peguam tiga pemimpin DAP sementara menunggu rayuannya terhadap penguatkuasaan penghakiman dalam kes fitnah mereka terhadapnya.

Bayaran itu dibuat ke akaun SN Nair & Partners, firma guaman yang mewakili veteran DAP Lim Kit Siang, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam saman fitnah mereka terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas itu.

Bayaran itu dimaklumkan peguam Siti Mastura Yusfarizal Yusoff di Mahkamah Tinggi ketika permohonannya untuk menangguhkan penghakiman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan dikemukakan di hadapan Hakim Quay Chew Soon dalam kamar.

“Anak guam saya sudah membuat pembayaran ke akaun firma guaman Nair dengan syarat wang itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post