Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Siti Nurhaliza Diperlekeh, Artis Tempatan Dibandingkan Dengan Blackpink… Ernie Zakri & Hael Husaini Luah Rasa Kecewa

today6 March 2023

Background

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dipetik oleh individu yang dipercayai peminat kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink.

Segalanya bermula apabila individu tersebut membalas ciapan individu lain yang memohon agar hujan turun ketika konsert Blackpink berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan saling berbalah sehingga nama Siti menjadi tarikan.

“Talent mereka 80% lagi bagus dari lokal artist,” tulisnya yang menggunakan nama Birdy.

Ciapan tersebut bagaimanpun dibantah oleh individu lain yang mempertahankan artis-artis Malaysia.

“You are telling me Lisa (Blackpink) better than Aina Abdul, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor? Vocally, Musically? Damn rude,” bidas individu menggunakan nama Skywrath.

Individu tersebut turut menyuarakan artis-artis di Malaysia yang boleh rap dan dalam masa yang sama menari, namun begitu dibidias oleh individu lain yang menyenaraikan nama selebriti mampu melakukan kriteria seperti disebut.

“Blackpink is performer not just artist who solely rely totally on vocal. They’re trained to be all rounder dancing, rapping, acting, singing.. If I ask Datuk Siti to dance, I bet she can’t either,” balas Birdy.

Peminat-peminat Siti Nurhaliza menjadi berang selepas Birdy membalas ciapan tersebut yang seakan membandingkan persembahan Blackpink dan pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan tersebut turut mendapat perhatian penyanyi, Ernie Zakri yang meluahkan rasa kesal apabila individu berkenaan membandingkan dua figura berbeza.

“Hihi, TokTi self taught pun nyanyi hebat gitu tauuuuuu haip! Suka Blackpink ok je, janganlah cakap pasal TokTi hihi,” ciap Ernie.

Bukan itu sahaja, penyanyi Hael Husaini turut memuat naik sebuah ciapan dipercayai selepas terkesan dengan komen yang dimuat naik oleh Birdy yang seakan memperlekehkan selebriti tanah air.

“Kami sedar diri. Jangan perkecilkan anak-anak seni disini. Walaupun ruang dan pentas kami kecil, cita-cita kami tetap besar ingin bawa mucik kita jauh mengembara bumi. Suatu masa nanti pasti terjadi,” tulis Hael.

Ciapan Hael itu turut dibalas oleh Ernie yang bersetuju dengan komen penyanyi lagu Jampi itu.

“Ni lah context tweet saya tadi. We are trying our best out here. We did everything we can. I do love Blackpink too. Jaauhhhhh la nak dibanding dengan kami ni. But we have big dreams too. Don’t compare us to them.. Kami sedar je diri kami ini,” ujar Ernie.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Kami akan bangkit semula – Ten Hag

London: Kekalahan yang memalukan apabila dibelasah Liverpool 0-7 adalah satu realiti yang kejam yang perlu ditelan Manchester United ketika peningkatan era Erik Ten Hag namun pengurus itu menggesa pemainnya untuk bangkit semula minggu ini.

today6 March 2023