Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Siti Nurhaliza Pentingkan Kualiti Kerja & Kepuasan Hati Peminat

today8 November 2023

Background

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘penyanyi nombor satu’ tanah air.

Menerusi temu bual bersama media Singapura baru-baru ini, pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa ini turut mengangap gelaran tersebut sebagai satu perkara yang tidak penting.

Sebaliknya Siti lebih mengutamakan kepuasan dari segi kualiti persembahan, lagu dan kebahagiaan dari peminat yang tidak henti menyokong beliau selama ini.

“Dalam diri saya tak pernah pun saya nak tempatkan diri saya di tangga pertama..

“Dan perkara itu tak penting pun sebab bagi saya bekerja keras, kerja yang berkualiti, peminat puas hati dan saya buat orang bahagia itu lebih menggembirakan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti juga meluahkan rasa kagum atas kebolehan penyanyi-penyanyi baru berbakat besar seperti Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini.

“Saya akui saya tidak belajar muzik dan vokal, tak pandai pun main alat muzik, saya hanya ada rythm dalam diri saya.

“Aina Abdul, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar muzik.

“Sekarang ini sesiapa sahaja boleh berada di tahap yang mereka mahukan sama ada di kedudukan nombor satu atau sebagainya,” ujarnya lagi.

@aril.ism

Siapa pengganti takhta nombor satu?? Kredit video: Berita Mediacorp Singapura #fyp #sitinurhaliza #arilsm #arilism #sitism

โ™ฌ original sound – ๐˜ผ๐™๐™„๐™‡๐™Ž๐™ˆ | ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น.๐—ถ๐˜€๐—บ – ๐˜ผ๐™๐™„๐™‡๐™Ž๐™ˆ | ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น.๐—ถ๐˜€๐—บ

Sebelum ini, gelaran penyanyi nombor satu heboh menjadi sebutan di media sosial selepas timbul dakwaan peminat Aina Abdul mahu ‘merampas’ takhta tersebut.

Namun begitu, Aina dalam satu laporan berita mengatakan dia berasa malu apabila ada segelintir peminat mahu merebut takhta yang dipegang oleh Siti Nurhaliza.

Artikel Berkaitan:ย Aina Abdul Malu Peminat Berbalah โ€“ โ€œAnak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauhโ€

Artikel Berkaitan:ย โ€œBeberapa Individu Menyamar Sebagaiโ€ฆโ€ โ€“ Perbalahan Antara Kelab Artis Beri Kesan Negatif, Ainations Buat Laporan Polis!

Artikel Berkaitan:ย [VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Sangka Aafiyah Rajin Bantu Rakan OKU Di Sekolah โ€“ โ€œMasya-Allah Anak Ibu, Penting Kita Tunjuk Contoh Baikโ€ฆโ€

Written by: Aqilah


Previous post