Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Siti Nurhaliza Persis Bidadari” – Nora Danish

today19 October 2024

Background

Pelakon, Nora Danish mengakui terpegun melihat kecantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan persis bidadari.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nora memuat naik foto bersama Siti ketika bertemu di sebuah majlis bersama Yayasan Nurjiwa, baru-baru ini.

“Sumpah muka Kak Iti (Siti Nurhaliza) macam baby dan kecik besar tapak tangan kita je. Orangnya soft spoken, humble… Memang Sumber Inspirasi!

“I’m so inlove. Tak makeup sangat pun dah cantik macam bidadari,” katanya.

Dalam muat naik sama, Nora turut meluahkan rasa teruja dapat berdiri dan beramah mesra dengan selebriti kesayangan ramai itu.

“Saya amat berbesar hati dapat berada disebelah Kak Iti. Love you always, our Queen,” tulisnya.

Nora Danish

Artikel Berkaitan: “Walaupun Sikit Anda Bagi Isteri Nafkah.. Tapi Itulah Barakah”- Nora Danish

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Puji Cara Selebriti Indonesia Sokong Kerjaya Masing-Masing – “Tak Ada Rasa Cemburu Antara Mereka”

Written by: Aqilah


Previous post