Siti Nurhaliza Pilih 15 Ramadan Lancarkan Single Terbaru
Jay
Selepas single 7 Nasihat, nampaknya penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal tampil dengan satu lagi lagu terbaharu.
Diberi judul Basyirah, ia bakal diperkenalkan kepada umum pada 8 Mei 2020 iaitu bersamaan 15 Ramadan.
Jom dengarkan sedikit teaser lagu tersebut yang telah dikongsikan Siti buat peminat melalui Instagram miliknya.
Kata Siti, Basyirah membawa maksud Khabar Gembira.
Untuk pengetahuan, Basyirah merupakan hasil ciptaan komposer, Hafiz Hamidun menakala liriknya oleh pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.
Mesti ramai yang tak sabar nak dengarkan lagu terbaru Siti ini kan? Nantikan!