Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya hari ini 9 Julai 2019 memaklumkan bakal mengadakan konsert seterusnya.
Konsert khas tersebut akan diadakan di Festival Theatre, Adelaide, Australia sempena OzAsia Festival 2019, pada 18 Oktober 2019.
Menerusi posting tersebut turut dinyatakan tiket meet & greet berharga $149, Premium $99, early bird $78, group (+8) $75.
Kepada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang berada di Australia, inilah masanya anda bertemu dengan beliau.
Semoga dapat jumpa di Adelaide Oktober nanti!
