Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

#SitiGolden40th Trending Di Twitter: “Segan Pun Ada Ni”

today11 January 2019

Tanggal 11 Januari merupakan hari yang cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana pada hari ini merupakan hari lahir beliau.

Lebih bermakna, pada tahun ini Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Binti Tarudin menyambut hari lahirnya yang ke-40.

Rata-rata peminat memuji kecantikan pelantun Anta Permana ini yang kelihatan semakin cantik meskipun sudah menginjak usianya yang ke 40.

Jika tahun lalu, Siti mengambil kesempatan pada tarikh ini untuk mengumumkan bahawa dia sedang hamil, tahun ini pada hari kelahirannya Siti ditemani anak kesayangannya, Siti Aafiyah.

Menjangkakan sambutan hari lahirnya pada tahun ini akan lebih meriah, peminat terlebih dahulu memberi sambutan awal dengan memberi ucapan hari lahir beserta hashtag #SitiGolden40th yang mula dibanjiri peminat sejak malam tadi.

Malah hasil carian kami turut mendapati hashtag ini sedang trending di laman Twitter.

 

 

Bukan itu sahaja, beberapa stesen radio seperti Hot FM dan Kool FM turut mewujukan siaran khas mengenai Siti Nurhaliza yang akan disiarkan secara lansung pada hari ini.

Happy Birthday Tokti!

Written by: Azra Azuar


Previous post