
KUALA LUMPUR: Secara keseluruhan keadaan banjir bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan malam tadi.
Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit berkurangan setakat 8 malam dengan 933 orang masih ditempatkan di 27 PPS berbanding 954 di 29 PPS petang semalam yang melibatkan daerah Temerloh, Pekan, Maran, Bera dan Rompin.
Beberapa laluan masih ditutup antaranya Jalan Bohor Baru di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan) dan Jalan Serengkam (Maran).
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan aras air Sungai Bera dan Sungai Serting di Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan kekal…