
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan, manakala jumlah penduduk terjejas di Kelantan meningkat setakat pagi ini.
Di Terengganu, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 228 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 250 orang malam tadi, yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Marang dan Dungun.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan 191 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di empat PPS di Marang iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, Dewan Sivik Mercang dan SK Pengkalan Berangan, manakala 37 mangsa daripada tujuh keluarga berada di dua PPS di Dungun iaitu SK Tok Kah dan Balairaya Alor Mak Bah.
Menurut portal InfoBanjir, paras air sungai di dua lokasi iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (F2)…