Menteri itu disoal siasat semula pada Isnin lalu, selepas beliau menghabiskan beberapa jam di ibu pejabat agensi antirasuah itu Ahad lalu.

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disoal siasat pihak berkuasa sekali lagi Isnin lalu sebagai sebahagian siasatannya ke atas pengambilan pekerja asing.
Sumber berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Sivakumar buat kali kedua dua hari lalu, selepas dia disoal siasat selama beberapa jam di ibu pejabat SPRM Ahad lalu.
Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempat pertemuan kedua itu.
“Penyiasat akan terus mengumpul maklumat berhubung jejak wang itu,” kata sumber.
Sementara itu, seorang pegawai Sivakumar menafikan menteri itu dipanggil semula SPRM. Isnin lalu, Sivakumar menafikan SPRM menggeledah rumahnya, sebaliknya menyifatkan ia sebagai “lawatan”.
Difahamkan, fokus…