Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sivasangari juara Klasik London

today2 April 2024

Background


S Sivasangari sebelum ini mencipta sensasi di pusingan suku akhir apabila menyingkirkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Rentak kecemerlangan pemain skuasy wanita nombor satu negara S Sivasangari pada kejohanan Klasik London diakhiri dengan kejayaan bergelar juara selepas menang perlawanan akhir, hari ini.

Sivasangari dinobat juara selepas menewaskan pemain nombor dua dunia Hania El Hammamy dari Mesir pada perlawanan akhir berlangsung di Alexandra Palace itu.

Pemain nombor 16 dunia itu menampilkan aksi cukup baik selain meletakkan lawannya dalam keadaan tertekan sebelum mencatat kemenangan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam tempoh lebih sejam.

Sebagai rekod, ia kemenangan kedua Sivasangari ke atas El Hammamy dalam tiga pertemuan.

“Tidak tahu bagaimana untuk buat kesimpulan tetapi aksi saya sepanjang minggu ini (cukup baik), menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali. Saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post