Hot FM

Skandal LCS: Ringkasan peristiwa | Free Malaysia Today (FMT)



Tentera laut menempah enam kapal frigat kelas Maharaja Lela berdasarkan reka bentuk Gowind 3100. (Gambar shipshub.com)

PETALING JAYA: Pada Disember 2011, Kementerian Pertahanan memberikan kontrak bernilai RM9 bilion kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd untuk membina enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan tentera laut.

Satu kontrak akhirnya ditandatangani pada Julai 2014. BNS dijadualkan membina kapal-kapal berkenaan dengan bantuan syarikat Perancis, DCNS bermula 2015.

Kapal pertama dijangka siap menjelang April 2019 manakala baki lima kapal lagi dalam selang waktu enam bulan sehingga 2023.

Setelah lapan tahun berlalu, tiada satu pun kapal yang diserahkan kepada tentera laut. Apa yang berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan? Apakah kesannya?

Garis masa dan kemajuan

Berdasarkan pelbagai laporan, kerja-kerja pembinaan bermula pada 2015. Garis masa perkembangan dan pembangunan projek tersebut adalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version