Hot FM

Skandal lombong: Menteri Sabah bidas laporan ‘niat jahat’, mahu ambil tindakan


Mohd Arifin Mohd Arif
Menteri Sabah Mohd Arifin Mohd Arif kata portal berita yang mengaitkan beliau dengan skandal perlombongan tidak hubungi untuk mendapatkan pengesahan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri sains, teknologi dan inovasi Sabah membidas satu laporan yang mengaitkan dirinya dengan skandal perlombongan di Sabah.

Menyifatkan laporan tersebut ‘berniat jahat’, Mohd Arifin Mohd Arif merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya ingin menyatakan bahawa laporan media tersebut adalah satu laporan yang berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak tepat, mengelirukan, dan juga mengandungi fakta-fakta yang palsu dan memfitnah,” katanya, lapor portal Sabah Media.

Arifin menambah portal berita itu tidak pernah menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu berkait laporan disiarkan sebuah portal berita pada 3 Feb lalu.

Pada Disember, satu siri video yang mengaitkan beberapa Adun Sabah dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version