Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Skim NEM bantu pengguna jana elektrik hijau, jimat bil

today20 November 2024

Background


Sistem fotovolta suria (PV) dipasang pada bumbung premis kediaman atau bangunan komersial untuk menjana bekalan elektrik daripada pancaran matahari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bagi membolehkan pengguna elektrik menjana tenaga elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria, kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) sejak tahun 2021.

Di bawah skim tenaga boleh baharu (TBB) ini, pengguna elektrik boleh memasang sistem solar PV untuk kegunaan sendiri dan lebihan elektrik yang dijana boleh dieksport kembali ke sistem grid TNB sebagai kredit tenaga pada kadar tarif yang diwartakan.

Sejak skim ini diperkenalkan, kuota berjumlah 1,600 megawatt (MW) telah ditawarkan di bawah tiga kategori iaitu NEM Rakyat dengan kuota 400MW untuk pengguna kategori domestik, NEM GoMEn dengan kuota 100MW untuk kategori premis kerajaan dan NEM NOVA dengan kuota berjumlah 1,100MW untuk pengguna kategori komersial dan industri.

Jimat bil elektrik, tenaga bersih

Pengguna yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post