
KUALA LUMPUR: Skim Perubatan Madani merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lepas.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata sehingga semalam, sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan telah diberikan kepada 785,623 pesakit, melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta.
“Kerajaan telah menunjukkan komitmen yang berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024 agar skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.
“KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatan klinik swasta di seluruh negara, bagi memperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan…
