Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Skim rekalibrasi diperluas kepada pembantu rumah

today18 January 2023

Background



Menerusi program rekalibrasi, pendatang asing tanpa dokumen diserap masuk secara sah membabitkan lapan sektor termasuk pekerja domestik.

PETALING JAYA: Kerajaan meluaskan program rekalibrasi pendatang asing tanpa dokumen kepada pembantu rumah, kata Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Menurut Bernama, Khairul berkata, langkah itu menjadikan sektor pembantu rumah asing ditambah menjadikan lapan sektor dibenarkan bawah program rekalibrasi itu.

Khairul berkata, majikan boleh memohon menggaji pekerja asing menerusi program terbabit bermula 27 Jan dengan permohonan dibuat melalui dalam talian.

Program rekalibrasi akan dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata syarat bagi program itu akan lebih anjal, tanpa menjejaskan keselamatan negara.

Sebelum ini, program sama yang dilaksanakan sehingga 31 Dis 2022 menyaksikan lebih 410,000 pendatang asing tanpa dokumen mendaftar sebagai pekerja asing…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post