Fahmi Fadzil berkata, terdapat keperluan untuk meneliti pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia agar SKMM mempunyai lebih kuasa berhubung isu berkaitan.

KOTA BHARU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak lebih tegas terhadap penyebaran fitnah, termasuk di media sosial, terutamanya menjelang PRN.
Bagi mengekang perkara berkenaan, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial, termasuk Telegram dan TikTok.
“Kita mengadakan pertemuan dengan TikTok pada hujung tahun lalu dan awal tahun ini, selain pertemuan dengan pihak Telegram baru-baru ini (19 Jun).
“Alhamdulillah kerjasama dengan penyedia perkhidmatan media sosial setakat ini sangat baik. Selain itu, kita juga melihat ada keperluan untuk…
