CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhak mengenakan syarat tambahan kepada U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata syarat tersebut bagi memastikan tidak berlaku ketidakseimbangan, dan bagi mewujudkan persaingan sihat antara syarikat telekomunikasi (telco).
“Ini perkara biasa. Kita tidak boleh keliru antara syarat pemilihan dan syarat yang akan dikenakan untuk spektrum.
“Itu dua perkara yang berbeza dan semua telco faham perkara ini,” katanya selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024.
Syarat tambahan itu juga bagi memastikan Digital Nasional Bhd (DNB) dapat bekerjasama dengan baik bersama syarikat U Mobile.
Beliau berkata syarat sama turut dikenakan kepada Celcom Digi Bhd semasa kedua-dua…