
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diarahkan meneliti serta menyelesaikan isu berhubung mutu dan kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebelum Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Ini kerana, katanya, perkara itu sentiasa dibangkitkan dan menjadi rungutan orang ramai memandangkan sukar mendapat akses internet di sesuatu kawasan.
“Ada isu liputan dalam bangunan kerana beberapa peralatan perlu pasang dalam bangunan (untuk mendapat rangkaian), tetapi apabila berada di luar, pengguna dapat akses, masuk dalam bangunan liputan itu kurang baik…maka, perlu ada kerjasama dalam kalangan syarikat telekomunikasi melalui SKMM, apakah kawasan yang perlu diberi keutamaan.
“Masalah (rangkaian) di lebuh raya sering kali mutu perkhidmatan (syarikat telekomunikasi) dibangkitkan orang…