

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa pengguna Apple segera mengemas kini peranti iOS mereka susulan penemuan pelbagai kelemahan keselamatan.
SKMM memaklumkan Apple mengeluarkan kemas kini keselamatan penting yang menangani kelemahan termasuk rantaian eksploit yang dikenali sebagai ‘DarkSword’ yang menjejaskan peranti iOS, khususnya iPhone Apple.
Kelemahan berkenaan boleh dieksploitasi secara serentak untuk menjejaskan peranti yang terlibat, sekali gus berpotensi membolehkan akses tanpa kebenaran dan aktiviti berniat jahat lain.
“Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya mengemas kini peranti mereka kepada versi iOS terkini bagi memastikan ia kekal dilindungi,” menurut kenyataan itu.
SKMM memaklumkan peranti tidak dikemas kini mungkin terdedah kepada risiko keselamatan, termasuk akses tanpa…