Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SKMM ingatkan pengguna jangan hasil, sebar kandungan 3R bersifat provokatif

today3 May 2026

Background


mcmc-skmm-mcmc
SKMM menegaskan individu yang berbuat demikian berdepan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya. (Gambar SKMM)
KUALA LUMPUR:

Semua pihak diingatkan supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau boleh mencetuskan ketegangan awam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, SKMM juga akan bekerjasama dengan polis dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post