
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempertimbang rangka kerja kawal selia bagi menangani cabaran kandungan memudaratkan dalam talian.
SKMM dalam kenyataan berkata Kementerian Komunikasi Digital dan agensi itu telah mengadakan perbincangan dengan platform dalam talian utama seperti Meta dan Google bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan dan kawal selia.
“Cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menyentuh agama, kaum dan raja (3R), penipuan dan pancingan data.
“Selain itu, penjualan serta promosi bahan terlarang seperti dadah, penyamaran, serta penyebaran maklumat dan berita palsu,” menurut SKMM.
Perbincangan yang diadakan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya semalam, dipengerusikan Ketua Setiausaha KKD Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi…