Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SKMM rakam keterangan pengendali akaun media sosial

today13 April 2024

Background


Tangkap layar video lama memaparkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan, yang ditularkan di media sosial.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub, berkait tindakan memuat naik video simulasi keselamatan membabitkan ketua setiausaha negara.

Pengendali terbabit dirakam keterangan di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya kira-kira 8:40 malam semalam.

Kad sim dan satu unit telefon bimbit milik pengendali terbabit turut dirampas dan disita bagi membantu siasatan.

“Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” kata SKMM dalam kenyataan.

Semalam, SKMM berkata ia memandang serius penularan video tersebut dengan tajuk “yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam”.

Sebelum itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyeru orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post