Hot FM

SKMM sita lebih 10,000 peralatan tak patuh standard


mcmc-skmm-mcmc
SKMM menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui. (Gambar SKMM)
PUTRAJAYA:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyita 10,112 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui dianggar bernilai RM1 juta menerusi Op Optik di Klang dan Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, SKMM memaklumkan pemeriksaan selama 19 jam bermula 12 tengah hari itu dijalankan susulan maklumat risikan hasil kerjasama strategik antara pihaknya serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

SKMM menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat yang beroperasi di Klang dan Petaling Jaya, dipercayai terlibat dalam penjualan peralatan komunikasi tidak diperakui dan tidak mematuhi piawaian teknikal standard yang ditetapkan suruhanjaya itu.

“Antara peralatan disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar dan beberapa peralatan sokongan operasi premis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version