
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil keterangan dua pentadbir utama sebuah kumpulan Facebook yang dijadikan platform penyebaran maklumat serta komentar dipercayai boleh membangkitkan ketegangan kaum dan agama seterusnya mencetuskan ketidaktenteraman awam.
SKMM dalam kenyataan memaklumkan sesi rakaman percakapan ke atas dua individu berkenaan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya pada 9 malam, 27 Mac lepas selepas menerima aduan daripada orang ramai.
“Sebuah telefon bimbit dan kad SIM disita bagi tujuan pembuktian kes,” menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau…