Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Rombakan bakal dilakukan ke atas skuad B-23 tahun negara bagi memastikan prestasi pasukan dapat dipertingkatkan setelah gagal meraih pingat di temasya Sukan SEA 2021 dan hanya menamatkan saingan AFC B-23 tahun di peringkat kumpulan.
Perkara ini dikongsikan oleh Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj yang memetik kenyataan presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
“Akan ada rombakan besar dalam skuad bawah-23 tahun kebangsaan” – DHMA Presiden FAM
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) June 14, 2022
Skuad B-23 tahun negara gagal untuk membawa sebarang pingat dari temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi selepas tewas kepada Indonesia pada aksi penentuan pingat gangsa dengan keputusan 4-3 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.
Skuad bimbingan Brad Maloney kemudiannya beraksi…