Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, semalam, menerima kunjungan hormat daripada Juventus FC yang sedang meninjau potensi jalinan kerjasama dua hala bertujuan memperkasakan lagi bola sepak terutama di peringkat akar umbi serta belia.
Delegasi Juventus FC diwakili oleh, Pengarah Urusannya, Federico Palomba dan Pengurus Jualan Kerjasama, Kelvin Leung.
Datuk Haji Hamidin berkata, menerusi perbincangan awal ini pemain muda negara khususnya skuad Bawah 17 tahun kebangsaan akan diberi peluang untuk menjalani latihan di akademi Juventus yang berpangkalan di Turin.
“Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat junior.
“Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia. Dengan reputasi sebagai gergasi Itali, Juventus berhasrat berkongsi kepakaran mereka dengan Malaysia….
