
KUALA LUMPUR: Skuad hoki kebangsaan sah menarik diri daripada beraksi di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Lelaki 2021 yang akan berlangsung di Dhaka, Bangladesh dari 14 hingga 22 Dis ini.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan penarikan diri skuad negara itu berikutan seorang pemainnya disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
“Kini pemain tersebut termasuk keseluruhan pasukan sedang menjalani proses kuarantin wajib yang ditetapkan.
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), skuad senior lelaki kebangsaan perlu menjalani kuarantin kendiri bermula 8 hingga 14 Dis ini jika mahu berlepas ke Dhaka, dan ia sekali gus memberi kesan kepada tarikh kejohanan,”…