Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Skuad hoki Malaysia bangkit tewaskan Kanada

today5 May 2024

Background


national men’s hockey
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah hari ini menyaksikan Speedy Tigers bangkit selepas Kekalahan semalam. (Gambar Bernama)

IPOH: Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30.

Skuad Speedy Tigers yang kalah 4-5 kepada Pakistan semalam, dikejutkan pada minit ke-12 oleh gol Devohn Noronha-Teixeira di Stadium Hoki Azlan Shah, namun segera menyamakan kedudukan menerusi Mohamad Fitri Saari seminit kemudian.

Malaysia selaku pasukan ke-13 dunia kemudian mengubah permainan menerusi jaringan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-14 dan Azimuddin Syakir Kamaruddin, yang menolak bola ke dalam jaring pada minit ke-19 untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Malaysia menambah dua gol lagi melalui Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-31, namun pasukan ke-19 dunia dari Kanada merapatkan jurang menerusi Avjot Buttar pada minit ke-42.

Anak buah Sarjit Singh meneruskan pesta gol…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post