Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia

today16 June 2024

Background


Ratu skuasy, N Sivasangari, memulakan rentak kemenangann Malaysia pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China.

Pasukan wanita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan menumbangkan juara bertahan Hong Kong 2-0.

Ratu skuasy wanita negara, N Sivasangari, memulakan rentak kemenangan dengan menyumbang mata pertama apabila mengatasi Ho Tze Lok, dalam pertarungan lima set.

Pemain nombor 10 dunia dan juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Sivasangari mencatatkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan set pertama untuk menang 3-2 (10-12, 13-11, 11-6, 10-12, 11-8).

Perseorangan kedua negara, Rachel Arnold, meneruskan momentum kemenangan untuk mengesahkan kemenangan mutlak apabila mengecewakan Tong Tsz Wing 3-0 (11-6, 11-5, 11-8).

Kemenangan yang memberangsangkan ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post