Menerusi video TikTok di akaun @sgtowercrane, seorang lelaki yang bekerja di tempat pembinaan di Singapura berkongsi situasi ketika dia sedang bekerja.
Di dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat sedang menyediakan beberapa bahan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah rupa-rupanya dia menunjukkan sedang memasak di atas menara tersebut.
Difahamkan, dia memasak lauk nasi goreng ikan bilis untuk makan tengah hari. Dia juga dilihat sudah mempersiapkan rencah-rencah nasi goreng tersebut yang kemudiannya dimasakkan di atas periuk elektrik.
Malah, sebelum itu dia juga sempat memesan kepada rakannya air berkarbonat yang dihantar dari bawah.