Umum mengetahui, penghijrahan pelakon jelita Nora Danish menerima pujian dan perhatian ramai selepas aktres itu memilih untuk mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta dengan menghadiri kelas agama serta memakai hijab sejak Mei tahun lalu.
Perubahan aktres sitkom popular Puteri ini mula menjadi sebutan terutamanya selepas bercerai dengan bekas suami, Nedim pada 16 Jun lalu.
Susulan itu, menerusi perkongsian di platform Threads, Nora tampil memberi nasihat secara terbuka kepada pengikutnya untuk mendalami setiap amalan dan ibadah yang dilakukan.
“Setiap apa yang kita buat, biar betul-betul kusyuk dan dari hati. Slow and steady, don’t rush kerana Dia melihat kualiti bukan kuantiti. Peringatan untuk diri sendiri,” tulisnya.

Sebelum ini, selebriti dan usahwan popular, Neelofa berasa gembira melihat perkongsian pelakon jelita, Nora Danish hadir ke kelas ilmu baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Neelofa Gembira Lihat Nora Danish Hadir Ke Kelas Ilmu – “Bidadari Syurga, Tak Ada Sebab Tak Luangkan Masa Peroleh Ilmu Akhirat”