Hot FM

Smart keluarkan 7 mayat mangsa gempa Turki



Pasukan Charlie 01 dan Delta 01 yang menganggotai misi Smart ke Turki menyelamatkan 7 mayat di Nurdagi, Turki semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Misi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) mengeluarkan tujuh mayat mangsa gempa bumi di bandar Nurdagi, wilayah Gaziantep,Turki semalam

Menerusi perkongsian di Facebook, mayat-mayat itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan Smart yang terdiri daripada Charlie 01 dan Delta 01 pada 5.55 petang waktu tempatan.

“Pasukan Charlie 01 & Delta 01 (MAS-10) berjaya mengeluarkan tujuh mangsa gempa bumi dan kesemuanya meninggal dunia,” menurut hantaran media sosial Smart.

“Atas faktor keselamatan pasukan, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 7.50 petang (waktu tempatan), berikutan cuaca semakin sejuk.”

Dilaporkan semalam Smart berjaya mengeluarkan lima mangsa, terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, yang terperangkap bawah runtuhan sebuah apartment enam tingkat.

Lima mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version