Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SMART pulang ke tanah air Isnin ini, kata Tok Mat

today5 April 2025

Background


Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata SMART disanjung tinggi penduduk di Sagaing, kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi. (Gambar Bernama)

NAY PYI TAW: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar akan menamatkan operasinya dan pulang ke tanah air, Isnin ini.

Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata selain tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh SMART telah tamat, ia perlu dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bencana alam itu.

“SMART kita jumpa seorang sahaja masih hidup dan yang lainnya semua telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama sebelum mengakhiri lawatan rasmi misi kemanusiaan ke Myanmar.

Misi kemanusiaan sehari itu turut diketuai bersama rakan sejawatnya dari Thailand Maris Sangiampongsa.

Menurut Mohamad, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Min Aung Hlaing dan Menteri Luar Myanmar U Than Shwe turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Qabil Irfan mula langkah kanan

Kuala Lumpur: Pelumba muda berbakat negara, Qabil Irfan Azlan terus mencipta kejayaan di Eropah apabila menjuarai Perlumbaan 1 ESBK Talent pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.

today5 April 2025