Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

"So Sweet"- Netizen Suka Tengok Keluarga Bahagia Mawar Rashid

today22 March 2019

Background

Kehidupan pelakon, Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob kini sangat bahagia apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata sulung mereka, Raden Muhammad Rafael.

Sebagai selebriti, Mawar sering berkongi foto di laman Instagram miliknya @mawarashid.

Antara perkongsian terbaru adalah foto Mawar bersama keluarga kecilnya.

“I’m so grateful to have you as my Husband & father of my kid. Syukur Alhamdulillah. Tak nak tulis panjang2 kat sini, sebab dah cakap depan2 & dah whatsapp panjang2. Sayang Abang sangat2. Bila dah ada anak ngan Abang, terus kasih sayang naik 1000X ganda,” tulisnya pada kapsyen.

Menerusi posting tersebut, pelbagai reaksi diterima oleh netizen yang memenuhi ruangan komen selain menyifatkan pasangan itu sangat sweet bak gula!
Para peminat juga turut memuji kecomelan Raden selain turut mengucapkan selamat berpantang kepada Mawar.


Hari ini, genap 10 hari Raden Muhammad Rafael dilahirkan.
Semoga pasangan ini terus kekal bahagia selamanya.

Written by: Jay


Previous post