
KUALA LUMPUR: Bersatu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis selepas empat Ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan.
Sambil mendakwa wujud unsur ugutan dan rasuah dalam tindakan wakil rakyat itu, Presiden Muhyiddin Yassin berkata laporan akan dibuat dalam tempoh sehari dua ini selepas mengumpul segala maklumat.
“Kita beberapa hari lalu membuat pengumuman kes Ahli Parlimen Bersatu khasnya ada diugut, ditawar dengan faedah, tawaran seperti kewangan atau peruntukan yang mana bagi kami adalah tindakan melanggar peruntukan Akta SPRM,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Publika.
Muhyiddin memberi contoh Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang memaklumkan mereka…
