Site icon Hot FM

Sokong dasar negara walau beza ideologi politik, penjawat awam diberitahu


Presiden Cuepacs Adnan Mat seru penjawat awam bersama kerajaan bangunkan negara dengan nilai dan aspira Malaysia Madani. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) gesa penjawat awam menyokong dasar negara dan setia kepada kerajaan walaupun mempunyai ideologi politik berbeza.

Presidennya, Adnan Mat berkata pemimpin kerajaan juga perlu sentiasa memahaminya supaya penjawat awam tidak didakwa menyebelahi mana-mana pihak.

“Pemimpin dan penjawat awam perlu bersikap profesional untuk memastikan negara ini benar-benar menelusuri sistem demokrasi yang matang serta memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Adnan menggesa penjawat awam menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya memartabatkan negara dengan memaknai kemerdekaan dari segi jiwa dan pemikiran yang merdeka.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar hari ini ketika ketika menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2023 di Pusat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version