
PETALING JAYA: Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob mesti terus disokong sehingga kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak selesai, kata pakar strategi DAP Liew Chin Tong.
Pakatan Harapan harus mengekalkan pakatan politiknya dengan kerajaan Ismail, kerana akan ada pilihan raya umum mengejut apabila pakatan itu runtuh.
Ia ibarat “impian jadi kenyataan” untuk apa yang dipanggilnya “troika” Umno, terdiri daripada Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan.
“Jika troika memenangi majoriti, dua pemimpin kanan itu akan bebas dari penjara,” katanya dalam artikel yang disiarkan pada Ahad.
Liew berkata, Ismail hanya “50% Umno”, kerana rapat dengan gabungan Bersatu dan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin, yang juga…