Hot FM

Sokong Wan Saiful petunjuk PAS mahu bersama kumpulan Hamzah


Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin dikatakan individu yang memiliki jaringan dan keupayaan menyediakan sumber untuk mengerakkan jentera dan kempen, kata penganalisis.
PETALING JAYA:

Kenyataan ketua penerangan PAS bahawa bekas pemimpin Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, akan dibantu pada PRU akan datang dilihat petunjuk parti itu mahu bersama kumpulan yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin.

Penganalisis berkata kenyataan Ahmad Fadhli Shaari bahawa PAS akan membantu di mana sahaja Wan Saiful bertanding menunjukkan kumpulan bekas timbalan presiden mempunyai tempat dalam percaturan politik parti itu, walaupun berdepan tentangan daripada kepimpinan Bersatu.

“Walaupun kumpulan Hamzah tak boleh berada bersama-sama dalam kelompok PN kerana ditentang Bersatu, hakikatnya PAS akan bantu,” kata felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan.

Azmi Hassan.

Azmi berkata pemimpin PAS itu menunjukkan sokongan ini ketika parti itu dikatakan sanggup ‘melepaskan’ Bersatu. “PAS melihat manfaat kumpulan Hamzah lebih besar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version