Hot FM

Sokongan terhadap PM bersyarat, Bersatu ingatkan Ismail



Wan Saiful Wan Jan berkata, Bersatu yang mencalonkan Ismail sebagai Perdana Menteri dan bukannya Umno.

PETALING JAYA: Bersatu mengingatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan perkara itu akan dibawa dalam majlis ceramah pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan, berkata Bersatu yang mencalonkan Ismail sebagai Perdana Menteri dan bukannya Umno.

“Kita kena ingat Ismail menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan Umno. Bukan Umno calonkan dia.

“Kalau Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi (Presiden Umno jadi Perdana Menteri). Nak Zahid. Pening kepala nak jawab tetapi itulah hakikatnya,” katanya dalam kempen ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar yang disiarkan secara langsung di Facebook Penerangan Bersatu.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata syarat dikenakan Bersatu itu tiada kompromi khususnya dalam isu membabitkan partinya dan menjaga kebajikan rakyat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version